Monday, December 21, 2009

dilema ibu bekerja..





Entah kenapa, pagi tadi aku terjaga awal daripada tidur.. terkebil-kebil aku sorang2.. bila tak boleh tido ni, macam2 yg aku fikir.. antaranya pasal ardini next year.. Ardini dah start masuk tadika, macamanalah dia sesuaikan diri nanti... nak pegi tandas, kawan2, nakal ker tak, boleh ker dengar arahan cikgu, makan.. haa sebut pasal makan terfikir pulak, kena bawakkan dia makanan sbb aku planning nak hantar tadika cina, sekarang ni aku tengah mengingatkan dia, dia tak boleh makan apa2 jer makanan yg kawan dia beri, bukannya prejudis tapi takut ada yang dikhuatiri tak halal... harap2 ardini ingat apa yg mummy pesan =) ...lepas tu aku fikir lagi, macamanalah ardini nak pegi dan balik dari tadika nanti.

Walaupun tak jauh sangat tadika tu dengan rumah sewa kitorang, tapi kalau jalan kaki tu berpeluh lah... hehehe.. sambil berfikir tu teringat pulak, nak pergi takder masalah kot sebab ayah dia boleh hantar sebelum pergi kerja.. balik??? kena naik van lah anak aku.. tau ker ardini nak naik van yang mana satu??? risaunya nak fikir benda2 macam ni, kan bagus kalau aku tak kerja.. boleh hantar dan ambik dia.. boleh luangkan lebih banyak masa untuk periksa kerja rumah, pantau perkembangan dia, apa yang dia belajar kat sekolah... tapi apakan daya, tuntutan kehidupan sekarang memerlukan ibu dan bapa perlu sama2 cari rezeki.. untuk anak2 jugak..

Buat ardini dan ayra.. mummy luv u so much.. be a good girl ok.. peace =)

211203 =)

21/12/03.. antara tarikh yg aku kenang sepanjang hayatku.. pada tarikh ni aku bersanding dgn suamiku.. ahaksss... walaupun kitorang nikah pada 30.05.03 tapi masa tu nikah gantung jerrr... hehhehe.. sbbnya masa ni aku kerja kat kota kinabalu, jadi nak mintak transfer kena nikah dulu.. so kitorang nikah dulu.. Sempena majlis persandingan ni, aku cipta sebuah sajak yang aku abadikan pada kad undangan perkahwinan kitorang.. tajuknya.. 'TANGGAL ITU'.. Nantilah, satu hari nanti aku letakkan sajak tu kat sini.. hehehehhe ('',)

Saturday, December 19, 2009

cintaku pada mereka...






Kehidupan ini akan jadi lebih bererti apabila dicintai dan mencintai.. mak, bak, sayang 'my hubby', ardini n ayra 'my kids', mak & bapak mertua, adik beradik, ipar duai, anak2 sedara & mereka yg bergelar sahabat, dari dulu sampai sekarang =)